Mind Map Gallery DISEDIAKAN OELH
This clear DISEDIAKAN OELH mind map focuses on the 21st-century agenda, structure, and content introduction, delving into Malaysia, sustainable development, and environmental education. This graphical mind map, constructed with themes, branches, and keywords, enhances memory, information sequencing, and creative activation.
Edited at 2023-06-13 12:22:55AGENDA 21
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Riode Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
LATAR BELAKANG AGENGA 21
Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21.
STRUKTUR DAN KANDUNGAN
Terdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada empat bahagian. Semuanya tercatat dalam dokumen melebih 900 muka surat: - Bahagian I: Dimensi Sosial dan Ekonomi termasuklah memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat keputusan. - Bahagian II: Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk Pembangunan termasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran. - Bahagian III: Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar termasuklah peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pekerja. - Bahagian IV: Menekankan Perlaksanaan termasuklah sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme antarabangsa dan mekanisme kewangan
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD).
PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
Di Malaysia Pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education, EE) telah dilaksanakan secara formal menerusi kurikulum terancang sejak tahun 1983 (Kurikulum Baru Sekolah Rendah, KBSR) dan pada tahun 2012 menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Program kelestarian alam sekitar diperkukuhkan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sejak tahun 2005.
LATAR BELAKANG PROGRAM SLAAS
Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua- Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu.
Program ini mula dilaksanakan dan diterapkan kepada sekolah-sekolah sejak Tahun 2005.
Garis Panduan ke Arah Pembentukan Sekolah Lestari telah dihasilkan yang bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.
DEFINISI SLAAS
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar menggunakan Definisi Alam Sekitar yang dinyatakan: “Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar”.
KONSEP SLAAS
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan yang menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah .
LOGO SLAAS
Menekankan unsur pertumbuhan dan produktiviti warga sekolah. Lima helai daun dalam grafik mewakili lima komponen Pengurusan, Penghijauan, Kurikulum, Kokurikulum dan Elemen Khas. Grafik bunga raya mewakili identiti Malaysia dan profesion guru yang mulia. Skema warna hijau dan biru bermaksud keceriaan, keharmonian dan kelestarian alam sekitar.
OBJEKTIF SLAAS
Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Memupuk nilai sivil dan pembangunan sahsiah ke arah pembangunan lestari.
HASRAT SLAAS
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21.
KOMPONEN SLAAS
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah dalam lima Komponen Sekolah Lestari, iaitu
MATLAMAT SLAAS
Program ini juga turut menerapkan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) terutamanya:
AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM SLAAS
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar juga adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan.
CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM SLAAS DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OELH: RENUKAH RAVI BM5