Sains dari segi bahasa
berasal dari perkataan
scientia dalam bahasa
Latin yang bermaksud ilmu
pengetahuan. Secara
umumnya, ilmu sains bukan
sahaja bermaksud satu
disiplin ilmu yang
berkaitan dengan fenomena
alam fizikal, tetapi juga
merujuk kepada kaedah
memperoleh ilmu itu iaitu
melalui eksperimen dan
pembuktian empirikal.
-Teknologi merujuk kepada
cara penyelesaian kepada
masalah sebenar manusia
melalui kemajuan dan
penggunaan peralatan,
bahan-bahan, jentera,
maklumat, pemerosesan dan
sebagainya. Hal ini
bermakna teknologi lebih
merujuk kepada cara
penggunaan dan pengetahuan
peralatan dan kemahiran
manusia.
-ICT pula merujuk kepada
penggunaan teknologi dalam
mengurus, mengguna dan
memproses maklumat. Secara
tepatnya ICT berkait
dengan penggunaan komputer
elektronik dan perisian
untuk memindah, menyimpan,
memelihara, memproses dan
memadankan maklumat. Bagi
masyarakat umum pula, ICT
lebih difahami sebagai
kemahiran memanfaatkan dan
menggunakan Internet untuk
tujuan mencari, memindah,
menyimpan dan memadankan
maklumat.
Berdasarkan definisi ketiga-tiga bidang tersebut, jelas kepada anda bahawa ketiga-tiganya merupakan pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting bagi umat manusia, termasuk masyarakat Islam.
Contoh yang sesuai ialah al-Qur’an. Walaupun al-Qur’an bukan buku sains, namun terdapat banyak maklumat sains di dalamnya. Umpamanya, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci tentang permulaan kejadian manusia dari peringkat embrio semasa di dalam rahim ibunya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari tanah yang lembut. Kemudian Kami jadikannya setitik sperma pada tempat yang tetap (rahim), kemudian Kami jadikan sperma itu sesuatu yang bergantungan yang seterusnya menjadi mudghagh (seketul ketumbuhan). Mudghah ini pula seterusnya Kami jadikan tulang dan kemudiannya Kami litupi tulang tersebut dengan daging kamudian Kami jadikannya makhluk yang berbeza …
(Surah al-Mu’minun: 12 – 14)