MindMap Gallery pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
This is a mind map about critical thinking in teaching and learning, emphasizing its vital role in developing students' analytical and problem-solving skills. The mind map explores key aspects such as teaching strategies that promote critical thinking, assessment methods to evaluate student understanding, and the integration of real-world scenarios to enhance engagement.
Edited at 2024-07-07 13:58:47Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Konsep Pemikiran Kritis
Pendekatan Ennis
Definisi : Pemikiran kritis sebagai pemikiran yang munasabah, reflektif, dan berkaitan dengan kepercayaan individu. Ini berbeza dengan pendekatan Bloom yang lebih menekankan taksonomi kognitif.
Pendekatan Facione
Definisi : Pemikiran kritis sebagai aktiviti mental yang melibatkan menginterpretasikan, menganalisis, menilai, membuat inferen, memberi penjelasan, dan regulasi kendiri.
Pendekatan Paul dan Elder
Definisi : Pemikiran kritis sebagai seni dalam menganalisis dan menilai pemikiran dengan teliti dan menyeluruh. Ini melibatkan pelbagai aras pemikiran untuk mengatasi ego, sikap superior, dan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi.
Pendekatan KPM
Definisi : Pemikiran kritis adalah salah satu elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mempamerkan kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional serta membuat pertimbangan yang wajar menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Ini adalah penting khususnya dalam proses pembelajaran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Strategi Pelaksanaan
Penyoalan
Strategi Penyoalan : Membantu murid mencapai pelbagai objektif pembelajaran termasuk merangsang proses berfikir secara kritis.
Tugas Guru : - Guru perlulah mempunyai kemahiran yang spesifik bagi menentukan aras soalan yang kompleks agar dapat merangsang pemikiran murid secara mendalam. - Guru perlu mempunyai kemahiran teknik menyoal khusus dalam membuat penilaian dan membuat keputusan dalam prises penyoalan.
Teknik Penyoalan : - Penyoalan dua hala merupakan strategi untuk menguji dan mengembang kemahiran berfikir kritis dalam proses pembelajaran. - Penyoalan menggunakan aras tinggi membantu meningkatkan perasaan ingin tahu murid dari aspek emosi, emotivasi, pemikiran kritis dan jangkaan guru yang tinggi.
Menguasai Konsep KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) : Guru yang mampu melaksanakan kemahiran berfikir kritis dalam bilik darjah perlu mempunyai kefahaman yang baik mengenai KBAT.
Tugas Guru : - Guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam mewujudkan persekitaran yang dapat meningkatkan potensi kritis dalam kalangan murid. - Guru perlu menguasai konsep KBAT yang lain iaitu berfikir secara kreatif, reflektif, membuat interpretasi, menyelesai masalah dan menaakul.
Kesan : - Dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan proses berfikir kritis murid. - Menguasai elemen KBAT secara lebih berstruktur membolehkan guru dan murid berfikir secara lebih sistematik dan berfokus.
Strategi Pengajaran
Konstruktivitisme : kontruktivisme dari sudut epistemologikal dan psikologi merupakan proses pengajaran yang amat bergantung kepada bagaimana mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid membina pengetahuan mereka sendiri melalui pembelajaran aktif dah menjadikan strategi pengajaran dan pembelajaran menekankan aktiviti akademik yang banyak memberi input pengetahuan dan kemahiran kepada murid.
Fokus : - Dilaksanakan dalam individu atau berkumpulan. - Individu memberi peluang murid berfikiran kritis dan reflektif dalam menyelesaikan masalah. - Kumpulan memberi peluang murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi dua hala.
Tujuan : - Mewujudkan suasana murid boleh meningkatkan tanggungjawab, berfikiran kritis, menggalakkan pembelajaran dan melakukan pembelajaran sesama rakan. - Meningkatkan nilai kepimpinan murid melalui proses pembelajaran.
Menguasai Isi Kandungan Mata Pelajaran Murid
Penguasaan Mata Pelajaran : Guru perlulah memastikan elemen kritis dapat dilaksanakan dengan baik serta mengambil kira penguasaan disiplin ilmu.
Penggunaan Kemahiran Kritis : - Terdapat dua penggunaan kemahiran kritis iaitu kemahiran khusus dan bukan khusus. - Kemahiran khusus memerlukan guru menguasai isi kandungan mata pelajaran dan bagi memastikan aplikasi kritis mencapai objektif. - Kemahiran bukan khusus memerlukan guru memindah kemahiran kritis merentasi disiplin ilmu.