MindMap Gallery Kekurangan Zakat
Sơ đồ tư duy này được tạo bằng EdrawMind, trình bày về các khiếm khuyết của Zakat. Nó bao gồm nhiều nhánh chính như: Định nghĩa bestari keluarga Zakat, Batas keluarga Zakat, Thể loại penghasilan, v.v. Mỗi nhánh được phân tích chi tiết với các yếu tố cụ thể như các vấn đề về định nghĩa, phạm vi áp dụng, cách tính toán, và các vấn đề thực tiễn trong việc thu thập và phân phối Zakat. Sơ đồ giúp hiểu rõ hơn về những hạn chế và thách thức trong việc thực hiện Zakat.
Edited at 2021-12-15 20:58:10Keluarga Zafar
Definisi bentuk keluarga Zafar
Bentuk keluarga Zafar ialah Keluarga Nuklear. Keluarga Nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada ayah,ibu dan anak.
Sub Topic
Gaya keibubapaan keluarga Zafar
Gaya keibubapaan keluarga Zafar ialah gaya keibubapaan permisif.
Ciri-ciri gaya permisif ini ialah wujud komunikasi yang terbuka dan memberi kebebasan penuh kepada Zafar yang bebas melakukan apa sahaja tanpa bantahan ibu bapanya. Ibu bapa Zafar kurang mengawal serta kurang menggunakan kekerasan dalam mengawal anak terutama dalam membentuk tingkah laku anak. Contohnya, ibu bapa menetapkan peraturan tetapi jarang menguatkuasakannya.
Sub Topic
Hal ini akan menyebabkan anak menjadi terlalu bergantung kepada ibu bapa dan kurang berdikari serta bersifat impulsif.
Teori penglibatan ibu bapa dan komuniti
Teori Enam Jenis Penglibatan Epstein
Teori ini dirancang untuk menyatukan sekolah, keluarga dan komuniti secara nilai yang positif. Menurut Epstein, penyatuan ini bagaikan kunci khas untuk mendidik pelajar dan menyara keluarga.
Lima (5) jenis penglibatan ibu bapa
Learning at home (Pembelajaran di rumah)
Pembelajaran di rumah adalah di mana keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Penglibatan ibu bapa dalam pencapaian kanak-kanak memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak antaranya sikap bertoleransi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama-sama.
Sebagai contoh, ibu bapa Zafar bersama-sama melakukan aktiviti seperti aktiviti mewarna gambar.
Desicion Making(Membuat Keputusan)
Membuat keputusan yang melibatkan keluarga dalam pengurusan prasekolah dan organisasi yang berkaitan.
Sub Topic
Jenis penglibatan ini di mana ibu bapa dipanggil untuk mengikuti sekali rancangan prasekolah. Guru akan meminta pandangan ibu bapa untuk menyatakan idea mengenai pengurusan tersebut.
Sebagai contoh, ibu bapa Zafar dan guru mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan tentang prasarana sekolah seperti membeli kerusi baru dan sebagainya.
Volunteering(Kesukarelawan)
Penglibatan ini mengalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara. Hal ini adalah kerana dengan penglibatan ibu bapa dapat meningkatkan kualiti tadika seperti dapat mengaplikasikan tanggungjawab dalam diri terhadap kanak-kanak agar matlamat pendidikan tadika tercapai dan peranan ibu bapa sebagai pendidik di rumah terlatih.
Oleh sebab itu, segala aktiviti yang dilaksanakan di tadika guru akan mengajak ibu bapa untuk menyertai sekali. Sebagai contoh, ibu bapa Zafar terlibat dengan aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan sebagainya.
Parenting (Keibubapaan)
Ibu bapa adalah pendidik yang pertama yang mengutamakan anak sebelum mereka berhadapan dengan guru dan pembimbing tadika dengan menyediakan keperluan asas,penjagaan dan kasih sayang. Keibubapaan ini membantu keluarga terutamanya ibu bapa dalam menguasai kemahiran keibubapaan dan mehamami perkembangan kanak-kanak.
Dengan ini, ibu bapa dapat memikirkan aktiviti atau cara untuk membantu meningkatkan lagi tahap perkembangan kanak-kanak. Contoh, ibu bapa Zafar boleh memuji apabila Zafar membasuh pinggan secara sendiri dan melaksanakan aktiviti untuk melihat perkembangan Zafar.
Ibu bapa dapat mempelajari teknik keibubapaan dari tadika apabila melihat guru mengajar kanak-kanak seperti sering memuji kanak-kanak, mementingkan kebersihan diri,berdisiplin dan sebagainya. Ibu bapa dapat mengaplikasi semua ini kepada kanak-kanak apabila di rumah. Selain itu, memahami perkembangan kanak-kanak membantu dalam keibubapaan supaya ibu bapa dapat tahu tahap sebenar kanak-kanak.
Communicating (Komunikasi)
Mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di antara tadika dan keluarga. Komunikasi antara tadika dan keluarga sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka di tadika. Guru akan menyampaikan setiap perkembangan pembelajaran kanak-kanak melalui komunikasi.
Contohnya, guru akan memaklumkan Zafar telah mahir mengira nombor asas 1-10
Enam teknik komunikasi
1) Teknik panggilan telefon
Teknik ini sesuai dengan ibu bapa Zafar kerana ibu bapa Zafar selalu sibuk sehingga tiada masa untuk mengambil tahu tentang perkembangan Zafar.
Contoh, guru menghubungi ibu bapa Zafar dan memaklumkan perkembangan pembelajaran Zafar di tadika. Oleh itu, ibu bapa Zafar dapat mengetahui perkembangan semasa anak walaupun dalam keadaan yang sibuk.
Teknik panggilan telefon ini sebagai pemudahcara bagi guru tadika untuk berhubung dengan ibu bapa Zafar secara personal walaupun atas talian sahaja.
2) Teknik papan kenyataan
Papan kenyataan merupakan satu cara untuk berhubung dengan ibu bapa yang sibuk bekerja serta kurang komunikasi dengan guru di tadika. Guru akan menyediakan papan kenyataan khas untuk ibu bapa di tempat yang strategik seperti di luar kelas. Ibu bapa akan menggunakan papan kenyataan ini untuk mengetahui perkembangan anak mereka di tadika.
Contoh, guru akan mempamerkan hasil kerja Zafar di papan kenyataan di tempat yang strategik agar mudah dilihat oleh ibu bapa tentang perkembangan Zafar dalam setiap aktiviti yang dilakukan di tadika.
5) Teknik bagasi kecil kanak-kanak
Idea menggunakan teknik bagasi kecil kanak-kanak sebagai komunikasi sesuai kerana guru boleh memberitahu kepada ibu bapa kanak-kanak bahawa anak mereka membawa pulang bagasi kecil. Bagasi kecil ini mempunyai keistimewaan untuk mereka kerana mereka diberi peluang untuk menggunakan item yang dipilih di dalam kelas. Komunikasi terjadi apabila kanak-kanak berasa senang untuk menunjukkan sesuatu dan berkongsi cerita yang menyeronokkan di tadika kepada ibu bapa.
Contoh, Zafar bercerita dengan semangat kepada ibu bapanya tentang harinya di tadika.
Ibu bapa lebih suka cara ini kerana kesibukan mereka membuatkan mereka tidak mempunyai masa untuk bersemuka dengan guru tadika.
3) Teknik berita semasa
Komunikasi ini ialah cara untuk berhubung dengan ibu bapa yang sibuk agar wujud komunikasi secara dua hala. Guru akan menggunakan teknik ini untuk memberikan informasi kepada ibu bapa mengenai anak mereka dari masa ke semasa supaya ibu bapa tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan anak mereka.
Oleh sebab itu, maklumat terkini tentang perkara yang sepatutnya perlu diketahui oleh ibu bapa akan terus dimaklumkan oleh pihak guru. Contoh, guru akan menelefon terus ibu bapa Zafar.
6) Teknik peti cadangan
Peti cadangan ini berguna terutamanya kepada guru untuk merangka kaedah untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa tentang matlamat tadika dan sebagainya. Peti cadangan diletakkan di tempat yang strategik untuk memudahkan ibu bapa memasukkan kertas cadangan dalam peti tersebut. Pelbagai instrumen boleh direka untuk penilaian ibu bapa ini dari segi senarai semak dan untuk mengisi tempat kosong iaitu skala kadar. Ini sesuai bagi sesetengah ibu bapa yang enggan memperbesarkan isu dengan guru.
Contoh, ibu bapa Zafar hanya memasukkan borang yang sudah lengkap diisi di dalam peti cadangan.
4) Teknik surat pemberitahuan
Teknik surat pemberitahuan adalah salah satu dari teknik komunikasi di mana surat akan dihantar kepada ibu bapa. Surat yang dihantar kepada ibu bapa adalah untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelan dan aktiviti kelas supaya ibu bapa tahu aktiviti yang akan dilakukan oleh kanak-kanak serta memberikan pandangan ibu bapa dalam tujuan pendidikan berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.
Hal ini dapat mengukuhkan dan meluaskan lagi pembelajaran dari sekolah ke rumah. Contoh, Zafar dapat dibantu oleh ibu bapa dalam menyiapkan lembaran kerja.