TOKOH BARAT
Alder (1948) = Personaliti merupakan suatu gaya hidup seseorang.
Gordon (1961) = Personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang dinamik yang ada di dalam jiwa individu itu sendiri.
Crow (1983) = Personaliti adalah perwatakan fizikal, corak percakapan dan daya penarik yang ada pada seseorang individu itu.
Gage dan Berliner (1984) = Personaliti merupakan segala aspek tingkah laku manusia / motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri yang ada pada seseorang.
Kamus Dewan Edisi Ke- 4 = Personaliti didefinisikan sebagai keperibadian dan perwatakan seseorang.
Menninger (1930) = Personaliti ialah apa- apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang / biologi dan fisiologi.
Waren& Carmichael (1930) = Personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya .
TOKOH ISLAM
Husain t.th = Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat.
Ibn Sina = jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda.
Imam al-Ghazali (1974) = Personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan / hati, roh, nafsu dan akal.
Mohd Nasir 1992 = Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah.
Habibah dan Noran (1997) = Personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak/ hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.