MindMap Gallery pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
This mind map elaborates on content such as Pendekatan Facione, Pendekatan Paul Dan Eider, Pendekatan KPM. By analyzing these methods related to geological exploration and mineral deposit assessment, the map further shows how to select suitable exploration techniques based on different geological conditions.
Edited at 2024-07-08 21:43:54Pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
Konsep pemikiran kritis
Pemikiran kritis merupakan salah satu elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sering disalah ertikan (Paul & Elder, 2020).
Pendekatan Ennis
Ennis (1990), mendefinisikan pemikiran kritis sebagai pemikiran yang munasabah (reasonable), reflektif dan berkaitan dengan kepercayaan individu.
Ciri keterampilan (aspek afektif) yang perlu ada pada setiap individu bagi menjadikan pemikiran kritis satu realisasi :
A) mendapatkenyataan yang jelas mengenai sesuatu perkara seperti tugasan
B) dapatkan sebab
C) perlu mendapat maklumat yang sesuai
D) sebutkan punca sumber maklumat yang diperolehi
E) sentiasa bersikap relevan mengenai fokus utama perbincangan/isu
F) sentiasa mencari alternatif
G) berfikiran terbuka
H) menyelesaikan masalah atau isu dengan teratur
I) bersifat sensitif terhadap tahap pengetahuan dan perasaan orang lain.
Pendekatan Facione
Facione (2015) dalam Laporan Delphi menjelaskan pemikiran kritis merangkumi enam komponen pemikiran
A) interpretasi-memahami tentang maklumat yang diperoleh seperti data dan peristiwa
B) analisis-iaitu mengetahui berkaitan hubung kait antara peristiwa
C) inferen-membuat rumusan berdasarkan kepada fakta yang ada
D) penerangan-membuat justifikasi dan membuat penjelasan
E) penilaian-membuat penilaian berdasarkan pengetahuan yang koheren dan bersesuaian
F) regulasi kendiri (Self-regulation)-kesedaran individu untuk memproses
G) aktiviti kognitif dengan membuat penilaian dan pembetulan
Kajian Delphi (Facione,1990) telah menyenaraikan kemahiran pemikiran kritis khusus bagi tujuan pentaksiran dan pengajaran
A) membuat interpretasi dan memahami pengalaman, situasi, peristiwa, data atau kepercayaan.
B) mengenal pasti hubungan inferen antara pernyataan, soalan, konsep, deskripsi idea atau fakta dalam menyandarkan kepercayaan, justifikasi, pengalaman, maklumat atau pendapat. Pada peringkat ini kemahiran yang perlu diaplikasikan ialah menyiasat idea, mengenal pasti persoalan dan mengenal pasti sebab musabab
C) mengenal pasti elemen yang diperlukan bagi membuat rumusan yang berpatutan, membuat hipotesis, mempertimbangkan maklumat yang relevan yang diperoleh daripada fakta, pernyataan, prinsip, bukti, kepercayaan, soalan, konsep, pandangan, diskripsi dan lain-lain. Kemahiran yang perlu diaplikasikan di peringkat ini adalah membuat penyiasatan, memilih alternatif dan membuat rumusan yang logik dan justifikasi
D) membuat penilaian terhadap kredibiliti dari pelbagai sumber seperti persepsi yang dikemukakan, pengalaman, situasi, pandangan atau kepercayaan. Mengenal pasti kekuatan hubung kait antara pernyataan dan yang berkaitan dengannya. Peringkat ini memerlukan individu mengenal pasti kredibiliti tanggapan menggunakan penaakulan induktif dan deduktif
E) membuat penjelasan menggunakan pendekatan penaakulan berasas bukti dan konsep dalam membuat rumusan. Membuat penjelasan yang tepat dan membuat justifikasi dengan menggunakan pelbagai strategi menyiasat.
F) membuat refleksi aktiviti kognitif (metakognitif), sendiri berkaitan dengan corak pemikiran kendiri, motivasi, nilai dan sikap dalam menangani sesuatu isu atau senario. Sama ada ia berasas fakta atau dipengaruhi oleh elemen lain.
Pendekatan Paul dan Elder
Pemikiran kritis merupakan seni dalam menganalisis dan menilai pemikiran dengan cara yang teliti dan menyeluruh. Merupakan satu konsep yang memerlukan individu melakukan pelbagai aras pemikiran dalam proses bagi mengatasi ego, sikap superior dan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi
Berfikir secara kritis memerlukan individu mengaplikasikan pelbagai piawaian tingkah laku dalam menyelesaikan masalah. Piawaian ini dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu standard intelektual, elemen penaakulan dan trait intelektual.
- Standard intelektual menggariskan sembilan perkara iaitu kejelasan, ketepatan, perincian, relevan, mendalam, menyeluruh, logik, kepentingan dan saksama.Kesembilan standard intelektual ini perlulah diaplikasikan dalam lapan elemen penaakulan iaitu matlamat, inferens, soalan, konsep, pandangan, informasi, implikasi dan andaian.
- Trait intelektual ini menjurus kepada integriti (intellectual integrity), rendah diri (intellectual humility), keyakinan (confidence in reason), jati diri (intellectual perseverance), pemikiran yang adil (fairmindedness), empati (intellectual empathy), keberanian (intellectual courage) dan autonomi (intellectual autonomy)
Pendekatan KPM
KPM telah meletakkan pendirian yang jelas mengenai kepentingan pemikiran kritis dengan menjadikan kemahiran berfikir kritis sebagai salah satu elemen profil murid yang mesti dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
KOGNITIF
Analisis, Aplikasi, Hipotesis, Inkuiri , Inferen, Justifikasi, Menilai, Proses Maklumat, Interpretasi, Menerang, Menaakul, Refleksi & Sintesis
Menyelesai masalah dan membuat keputusan
AFEKTIF
Adil, Bermaklumat, Berfikiran Terbuka, Relevan, Sensitif, Ingin Tahu, Jujur, Kematangan , Fkelsible, Prihatin & Yakin
Menyelesai masalah dan membuat keputusan
Strategi pelaksanaan
Penyoalan
- mengasah kemahiran menyoal semasa sesi pembelajaran berlangsung agar dapat mencapai matlamat pengajaran.
- teknik dan kaedah guru menyoal menggunakan aras tinggi akan dapat membantu meningkatkan perasaan ingin tahu afektif murid daripada aspek emosi, motivasi, pemikiran kritis dan jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan murid
- Secara umumnya konsep Taksonomi Bloom (1985) merupakan satu contoh panduan guru melaksanakan penyoalan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai konsep KBAT
- Guru yang mampu melaksanakan kemahiran berfikir kritis dalam bilik darjah perlu mempunai kefahaman yang baik mengenai KBAT sebagai suri teladan kepada murid (Ennis, 2016)
- KPM (2017) menekankan kemahiran menaakul dalam pelaksanaan pemikiran kritis
- konsep KBAT yang perlu dikuasai guru dan murid bagi meningkatkan pemikiran kritis ialah berfikir secara kreatif, reflektif, membuat interpretasi, menyelesai masalah dan menaakul.
Strategi pengajaran
- Konstruktivisme merupakan pendekatan pengajaran yang mendapat perhatian yang banyak oleh pereka bentuk pengajaran dalam merangka pengajaran yang berkesan, kepimpinan pembelajaran dan berpusat murid.
- Pendekatankonstruktivisme menjadikan strategi pengajaran dan pembelajaran menekankan aktiviti akademik yang banyak memberi input pengetahuan dan kemahiran kepada murid (Topolovcan & Matijevic, 2017)
- Fokus pembelajaran konstruktivisme boleh dilaksanakan dalam dua cara, sama ada secara individu ataupun berkumpulan.
- Pendekatan konstruktivisme dapat mewujudkan suasana murid boleh meningkatkan tanggungjawab, berfikiran kritis, menggalakkan pembelajaran dan melakukan pembelajaran sesama rakan.
Menguasai isi kandungan data murid
- Menurut Ennis (1997) dengan mengambilkira kemahiran kritis sebagai kemahiran generik dalam aras tinggi, besar kemungkinan murid berdepan dengan masalah dalam melakukan kemahiran boleh pindah khusus kepada murid pendidikan rendah
- Kemahiran khusus memerlukan guru menguasai isi kandungan mata pelajaran dan bagi memastikan aplikasi kritis mencapai objektif. Manakala kemahiran bukan khusu